Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Remaja perempuan didakwa bunuh bayi sendiri
Diterbitkan:  Feb 15, 2022 12:30 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kemaman hari ini atas tuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada minggu lepas.

Remaja berusia 15 tahun itu didakwa dengan sengaja membunuh bayi itu di sebuah rumah di Seri Bandi di Kemaman, antara pukul 7 hingga 9 pagi, 8 Februari lepas.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman menetapkan 16 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman manakala remaja terbabit diwakili peguam Nuraine Haziqah Shafii.

Dalam kejadian pada minggu lepas, polis menemukan mayat bayi dipercayai ditikam dengan objek tajam di bahagian dada sejurus dilahirkan di rumah yang didiami remaja berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS