DAP mendakwa Khairy Jalamuddin mengamalkan “diwstandard” setelah berhubung cara menteri kesihatan itu mengendalikan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh seorang menteri.
Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata BN dan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah dibenarkan mengadakan acara besar tanpa sebarang gangguan, dan tidak kepada pembangkang.
Mengambil kira PRN Johor yang bakal diadakan, Lim berkata jelas berlaku berat sebelah dalam soal penguatkuasaan SOP Covid-19.
Malah, katanya lagi, Khairy hanya mengumumkan tindakan kompaun terhadap Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein, penyandang Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan Presiden MIC S Vikneswaran.
“Adakah penganjur dan setiap peserta acara MIC akan didenda?” soalnya.
Acara itu berlangsung di Kota Iskandar, Johor semalam. Khairy segera mengumumkan kompaun selepas rakaman tiga pemimpin itu di tengah-tengah khalayak yang sesak tular.
Ia merupakan majlis pelancaran kempen MIC bagi PRN Johor. Hishammuddin dan Hasni hadir sebagai tetamu.
Namun, memandangkan Hishammuddin merupakan salah seorang daripada empat menteri kanan yang membuat keputusan berhubung wabak Covid-19, terdapat seruan agar dia meletakkan jawatan.
Lim mendakwa Hishammuddin melakukan “penghinaan terbuka” terhadap SOP Covid-19 dan disiplin kabinet.
“Ketika penggubal undang-undang secara sengaja melanggar undang-undang, menteri dan menteri besar tidak layak untuk mentadbir,” katanya.
Katanya, denda RM1,000 yang dikenakan kepada tiga pemimpin itu hanyalah “kosmetik” kerana mereka lebih daripada mampu untuk membayarnya, justeru hanya langkah peletakan jawatan yang memadai.