Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 20,000 kes baru Covid-19 hari ini
Diterbitkan:  Feb 11, 2022 3:18 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 20,939 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,996,361.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 154 hari, sejak September 10.

Setakat semalam, nilai R-naught di Malaysia adalah 1.51. Nilai lebih daripada 1.00 menandakan kadar penularan wabak yang meningkat.

Setiap negeri juga mencatatkan nilai R-naught lebih daripada 1.00, dengan tertinggi di Labuan (2.17).

Bilangan pesakit yang dirawat ke hospital pula seramai 5,319 orang setakat semalam - peningkatan 97 peratus berbanding dua minggu lalu.

Di Sabah, seramai 875 pesakit dimasukkan ke hospital - peningkatan 161 peratus berbanding dua minggu lalu.

Hanya 13.5 peratus penduduk di Sabah telah menerima dos penggalak vaksin Covid-19. Ia jauh lebih rendah dengan kadar nasional iaitu 39.8 peratus.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (10 Feb) di mana 19,090 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (3,779)

Sabah (2,969)

Johor (2,837)

Kedah (1,956)

Kelantan (1,439)

Pulau Pinang (1,267)

Kuala Lumpur (1,005)

Negeri Sembilan (997)

Pahang (795)

Melaka (728)

Perak (373)

Terengganu (324)

Sarawak (226)

Putrajaya (183)

Labuan (106)

Perlis (106)

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS