Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
10 kematian Covid-19, jumlah kumulatif 32,073
Diterbitkan:  Feb 11, 2022 8:47 AM
Dikemaskini: 12:47 AM

Kematian baru dilaporkan di Perak (2), Selangor (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Pulau Pinang (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 12 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata tujuh hari dengan 11 kes kematian, menunjukkan aliran menurun.

Sehingga kini, 472 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, terdapat 107,883 kes aktif Covid-19. Ini peningkatan sebanyak 75.6 peratus daripada 61,426 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 170.3 peratus daripada 39,913.


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS