Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Muhyiddin positif Covid-19, jalani kuarantin kendiri di rumah
Diterbitkan:  Feb 9, 2022 12:28 PM
Dikemaskini: 7:18 AM

Bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Melalui satu hantaran di Facebook, katanya dia didapati positif setelah membuat ujian saringan pagi ini.

“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik.

“Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), saya akan menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya.

Sehubungan itu, dia menasihatkan kepada mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” katanya lagi.

Muhyiddin dilaporkan sedang bersiap sedia untuk memimpin partinya Bersatu pada pilihan raya negeri Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini, meskipun dirinya tidak bercadang untuk mempertahankan kerusi DUN Gambir yang disandangnya.

Semalam, Muhyiddin turut mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan mengadakan sidang media selepas itu.

Berdasarkan gambar mesyuarat itu, antara yang hadir termasuk Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali, Menteri Pendidikan Radzi Jidin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes, dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman dan bekas menteri kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS