Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu Mara: SPRM ambil keterangan 7 individu, beberapa lagi akan dipanggil

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata individu yang dipanggil meliputi kakitangan daripada Mara, Mara Corporation (Mara Corp) dan sebuah syarikat setiausaha korporat yang terlibat.

“SPRM akan memanggil beberapa lagi individu daripada ketiga-tiga pihak berkenaan untuk dirakam kenyataan," katanya kepada Bernama malam tadi.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah individu yang akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Azam berkata pihaknya juga tidak menerima laporan mengenai salah laku membabitkan Pengarah Eksekutif Mara Corp Suhaili Abdul Rahman yang didakwa menggunakan kad kredit korporat syarikat itu.

Sebaliknya dia berkata setakat ini, siasatan SPRM hanya mengenai isu salah laku dan integriti melibatkan pegawai kanan Mara dan Mara Corp.

Pada Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS