Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pejuang tak berhasrat sertai khemah besar PH pada PRN Johor - Mukhriz
Diterbitkan:  Feb 8, 2022 9:42 PM
Dikemaskini: 1:53 PM

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata parti itu masih bergerak solo untuk bertanding pada PRN Johor dan sebarang kerjasama dengan gabungan parti lain masih dalam pertimbangan.

“Kami (Pejuang) tidak akan menyertai mana-mana gabungan dan calon-calon kita akan bertanding di atas tiket Pejuang.

“Pada waktu ini kita tidak berhasrat untuk menawarkan calon-calon kita di bawah lambang PH atau menyertai khemah besar PH,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat “Sepetang Bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir” di Kuala Lumpur hari ini.

Mukhriz bagaimanapun mengakui terdapat perbincangan bersama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), namun sebarang bentuk keputusan kerjasama politik sewaktu PRN Johor belum  dimuktamadkan.

Beliau berkata sekiranya perbincangan itu mencapai kata putus, pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“… tapi dengan pihak lain tiada perbincangan yang betul-betul mendalam, contohnya seperti PH,” katanya. 

Pada 24 Jan, Anwar, selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH, berkata semua parti pembangkang termasuk Pejuang, Warisan dan Muda perlu bekerjasama di bawah satu khemah besar bagi menghadapi PRN Johor. 

 Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS