Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pereka grafik dan aktivis masyarakat, Fahmi Reza, akan berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini, kata peguamnya Rajsurian Pillai.

Mengesahkan hal itu Rajsurian juga berkata Fahmi akan dituduh mengikut undang-undang jenayah siber.

“(Fahmi akan didakwa) pada Khamis ini jam 9 pagi (di) MSJ4/Siber (Mahkamah Jenayah Sesyen 4 untuk bidang kuasa siber),” kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun peguam terbabit enggan mendedahkan kesalahan yang didakwa dilakukan karyawan yang lantang itu.

Pada 26 Jan lalu Bernama melaporkan Fahmi dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kiriman media sosial yang didakwa memaparkan imej suntingan Jata Pahang dengan perkataan ‘House of Balak’.

Dalam kenyataan medianya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan berkata Fahmi dipanggil untuk memberi keterangan di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Pendakwaan/Undang-undang.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 bagi perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS