Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno buka pintu pada yang pergi tapi mahu kembali
Diterbitkan:  Feb 7, 2022 4:08 PM
Dikemaskini: Feb 8, 2022 1:40 PM

Umno sedia menerima kembali bekas pemimpin ataupun ahli parti yang ingin kembali ke pangkuan Umno, mengikut perlembagaan parti tanpa sebarang keistimewaan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata Umno adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan sedia membuka pintunya untuk semua.

"Umno adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan. Pintunya terbuka untuk semua. Tanpa mengira latar umur dan asal usul. 

"Namun, andai mereka yang meninggalkan Umno dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Namun, parti ini mesti berlaku adil dan tegas. 

"Proses penerimaan semula mesti melalui proses seperti dalam perlembagaan Umno. Diterima hanya sebagai ahli biasa. Tanpa syarat. Tanpa keistimewaan atau kelebihan," katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, bekas setiausaha agung Umno,  Annuar Musa berkata kepulangan beberapa pemimpin kanan Bersatu Johor kepada Umno adalah "gelombang pemulihan" yang baik.

Katanya, ramai lagi pemimpin Bersatu akan mengambil keputusan yang sama, pulang ke pangkuan Umno dan BN.

Mazlan Bujang

Sebelum ini, bekas anggota dewan undangan negeri (Adun) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang mengumumkan keluar parti beberapa hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bubar.

Ia disusuli dengan tindakan bekas Adun Larkin, Mohd Izhar Ahmad yang meninggalkan Bersatu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS