Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP mula jelajah di Johor bagi umum calon satu per satu

DAP memulakan jelajah kempen di Johor hari ini, bertujuan untuk memperkenalkan calon mereka satu per satu.

Ini berlaku di tengah-tengah perbincangan berterusan antara Pakatan Harapan (PH) dan Muda, yang mungkin mendapat beberapa kerusi daripada gabungan itu.

Jelajah itu bermula di Paloh hari ini, di mana Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa penyandang Adun Sheikh Umar Bagharib Ali akan mempertahankan kerusinya.

Lim akan menuju ke Penggaram esok untuk mengumumkan dua lagi calon DAP.

PH memperuntukkan 16 daripada 56 kerusi DUN Johor kepada DAP, manakala Amanah dan PKR masing-masing bertanding di 20 kerusi.

Bagaimanapun, parti-parti berkenaan mungkin melepaskan beberapa kerusi untuk memberi laluan kepada Muda.

Rundingan dengan Muda masih diteruskan dan tidak dapat dipastikan berapa banyak kerusi yang dikehendaki Muda.

PH berkata ia juga terbuka untuk bekerjasama dengan Pejuang dan Warisan untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Sementara itu, DAP berdepan beberapa isu domestik berhubung calon.

Terdapat spekulasi bahawa separuh daripada 14 penyandang DAP mungkin digugurkan untuk PRN kali ini.

Ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan 59 cawangan parti negeri, yang semalam menggesa kepimpinan parti supaya tidak melakukan meletakkan calon payung terjun dan sebaliknya mengutamakan pemimpin tempatan.

Dua penyandang, Tan Hong Pin (Skudai) dan Ng Yak Howe (Bentayan) turut melobi Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong untuk mempertahankan kerusi mereka.

Tan dan Ng, tidak sehaluan dengan Liew, dan terdapat spekulasi mereka mungkin disingkirkan.

Ditanya mengenai rayuan 59 cawangan, Tan dan Ng, Lim berkata DAP akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum pimpinan pusat membuat keputusan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS