Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Saya sudah pulih, cuma belum sepenuhnya’
Diterbitkan:  Feb 4, 2022 3:44 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

  • Dikemas kini dengan ucapan Mahathir.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan dia telah pulih tetapi belum sepenuhnya setelah menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Saya ingin maklumkan bahawa saya telah pulih. Tidak sepenuhnya, tetapi telah pulih. Beberapa hari dan tiap-tiap hari saya balik ke rumah daripada hospital.

“Saya balik daripada pagi sampai petang.

“Lepas itu saya balik ke hospital kerana masih ada prosedur yang mereka ingin teruskan,” katanya dalam rakaman pertama yang disiarkan melalui Youtube selepas keluar daripada hospital.

Mahathir menjangkakan dia akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

Anggota parlimen Langkawi dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Sementara itu, pejabatnya mengumumkan bahawa Mahathir dibenarkan pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Bagaimanapun, kata pejabatnya, di masih menjalani proses rawatan pemulihan - fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini masih dinasihatkan tidak menerima pelawat.

Sementara itu, pejabatnya juga berkata isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menyampaikan ucapan terima kasih atas doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan kad ucapan daripada orang ramai.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS