Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Ibu bapa tak diwajibkan daftar anak untuk vaksin Covid-19

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini memberi jaminan bahawa ibu bapa tidak akan diwajibkan untuk mendaftarkan anak mereka untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Khairy berkata kerajaan juga tidak akan mengenakan larangan perjalanan terhadap kanak-kanak yang tidak divaksin - langkah yang sebelum ini diambil untuk menggalakkan golongan dewasa mendapatkannya.

Dia berkata demikian ketika melancarkan Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak (NIPKids) hari ini.

Berhubung dakwaan yang keluarganya sendiri tidak divaksin, Khairy berkata dia sudah pun mendaftarkan anaknya untuk program itu.

"Di media sosial, ramai yang minta supaya tidak dipaksakan (terhadap kanak-kanak). Saya beri jaminan.

"Kalau orang dewasa kita tak benarkan masuk kedai makan, pusat beli belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak tiada syarat sebegitu.

"Mereka diberikan pengecualian, sebab nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini dan rasa (mereka) tidak dipaksa (untuk melakukannya)," katanya.

Dalam ucapannya, Khairy berkata menjadi tugas mencabar untuk Jawatankuasa Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (CITF-C) meyakinkan ibu bapa.

Dia memberi jaminan yang Kementerian Kesihatan akan bersikap telus dan memaklumkan kemas kini kepada ibu bapa berhubung NIPkids, termasuk kes Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS