Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Gereja di Kota Kemuning terbakar
Diterbitkan:  Feb 3, 2022 9:57 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Sebuah gereja di Kota Kemuning, Shah Alam musnah dijilat api malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata mereka menggerakkan 25 anggota selepas mendapat panggilan pada jam 11.19 malam tadi.

Insiden itu melibatkan gereja Kota Kemuning Assemblies of God Church di tingkat atas bangunan rumah kedai dua tingkat.

Tiada kemalangan jiwa.

Ditanya berkaitan puncak kebakaran, Norazam berkata perkara itu masih dalam siasatan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS