Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Perlu ada garis masa jelas buka sempadan negara

Kerajaan disaran menetapkan garis masa yang jelas untuk pembukaan semula sempadan negara bagi memulihkan pelbagai kegiatan ekonomi termasuk perdagangan, perindustrian, pelaburan dan pelancongan.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Muhyiddin Yassin berkata pihaknya telah mengusulkan kepada kepada kerajaan agar sempadan negara dibuka secara berperingkat bermula bulan lepas.

"MPN telah usulkan supaya sempadan negara dibuka secara berperingkat secepat mungkin, kita cadang Januari, tapi belum buka juga. Kerajaan kena ada garis masa tepat - sebulan ke, dua bulan ke.. (buka sempadan).

"Kita tutup sepanjang masa tak boleh, proses pemulihan ekonomi takkan berlaku, sekarang memang ada (proses pemulihan ekonomi) tapi terbatas dan kita takkan berjaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Resepsi Tahun Baru Cina anjuran Gerakan hari ini.

MPN sebelum ini mencadangkan sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewatnya pada 1 Januari tahun ini.

Menurut Muhyiddin pembukaan sempadan boleh dibuat secara berperingkat dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) tertentu termasuk kuarantin dan ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga susulan penularan varian Omicron.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS