Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selamat Tahun Baru Cina dari Malaysiakini
Diterbitkan:  Feb 1, 2022 12:00 AM
Dikemaskini: 4:05 PM

Sempena kedatangan Tahun Harimau ini, kami di Malaysiakini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua, terutamanya pembaca kami yang meraikannya.

Tahun sebelum ini, iaitu Tahun Lembu, merupakan tahun yang sukar bukan saja kepada warga Malaysia, tetapi seluruh dunia dengan wabak yang belum berakhir dan perubahan iklim.

Dengan semangat keberanian dan kekuatan harimau, moga-moga negara dan dunia akan menang dalam perang melawan Covid-19 pada tahun ini. 

Sebelum itu, kita mesti terus menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kami berbesar hati dapat memberikan khidmat kepada anda sepanjang tahun lalu untuk masa depan yang lebih baik.

Kami bekerja dengan jumlah kakitangan yang terhad sebelum kembali seperti biasa pada Khamis, 3 Feb, dengan sajian lebih banyak berita untuk anda.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS