Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 5,522 kes baru, tertinggi sejak 3 Dis
Diterbitkan:  Jan 28, 2022 4:27 PM
Dikemaskini: 8:27 AM

COVID-19 l Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,522 kes baru Covid-19. Ini menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,855,930.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 56 hari, sejak 3 Disember lalu.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara juga meningkat sebanyak 117.87 peratus dalam tujuh hari lalu berbanding tujuh hari sebelum ini.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (27 Januari) yang mencatatkan 5,439 kes baru adalah seperti berikut:

  • Selangor (1,355)
  • Johor (805)
  • Kedah (428)
  • Kuala Lumpur (420)
  • Pulau Pinang (396)
  • Kelantan (395)
  • Negeri Sembilan (393)
  • Sabah (342)
  • Pahang (300)
  • Melaka (299)
  • Perak (142)
  • Terengganu (68)
  • Putrajaya (43)
  • Sarawak (19)
  • Labuan (18)
  • Perlis (16)



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS