Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
4,744 kes baru Covid-19, tertinggi sejak 10 Dis
Diterbitkan:  Jan 26, 2022 5:32 PM
Dikemaskini: 9:32 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4,744 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,844,969.

Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam 47 hari, sejak 10 Disember lalu.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara telah meningkat sebanyak 5.28 peratus dalam tujuh hari lepas berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 25) di mana 4,066 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (975)
  • Johor (567)
  • Kelantan (420)
  • Kuala Lumpur (378)
  • Kedah (367)
  • Sabah (314)
  • Pulau Pinang (219)
  • Negeri Sembilan (201)
  • Pahang (194)
  • Melaka (194)
  • Perak (126)
  • Terengganu (59)
  • Putrajaya (34)
  • Sarawak (10)
  • Perlis (8)
  • Labuan (0)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS