Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah AS setuju tukar penterjemah untuk suspek pengeboman Bali
Diterbitkan:  Jan 26, 2022 1:41 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Mahkamah Tentera Amerika Syarikat (AS) yang membicarkan dua rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia atas pertuduhan keganasan berhubung pengeboman maut di Indonesia pada 2002 dan 2003 telah bersetuju untuk menukar penterjemah suspek.

Menurut laporan berita, keputusan dibuat susulan bantahan suspek terhadap penterjemah yang menurut mereka adalah berat sebelah dan tidak cekap.

Suspek berkenaan adalah warga Malaysia, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin, manakala Encep Nurjaman pula adalah warga Indonesia, yang juga dikenali sebagai Hambali.

Mahkamah yang ditubuhkan di Teluk Guantanamo, Cuba terpaksa bergantung kepada jurubahasa berkenaan untuk menterjemah bahasa Melayu dan Indonesia untuk berhubungan i dengan suspek.

Nazir, Farik dan Encep dilaporkan enggan membuat sebarang pengakuan ketika mereka didakwa atas lapan pertuduhan pada Ogos tahun lalu atas alasan penterjemah bersikap berat sebelah dan tidak cekap sehingga menyebabkan terjemahan tidak tepat.


Lapan pertuduhan tersebut adalah - konspirasi, pembunuhan, cubaan membunuh, menyebabkan kecederaan serius secara sengaja , keganasan, menyerang orang awam, menyerang objek awam, dan pemusnahan harta benda - berkaitan pengeboman berkembar di Bali, Indonesia pada Oktober 2002 dan satu lagi pengeboman di Hotel JW Marriot di Jakarta, Indonesia pada Ogos 2003.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS