Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Fahmi Reza dakwa polis minta kata laluan Facebook
Diterbitkan:  Jan 25, 2022 5:56 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

Aktivis kontroversi, Fahmi Reza hari ini mendakwa pihak polis bertanyakan 20 soalan kepadanya ketika disoal siasat Bukit Aman berkaitan grafik satira ‘House Of Balak’.

Fahmi dalam ciapannya mendakwa salah satu daripada 20 soalan itu meminta kata laluan dan nama pengguna bagi laman Facebook miliknya.

"Adakah kamu pemilik akaun Facebook "Fahmi Reza" apakah username dan password akaun Facebook ini," tulis Fahmi di Twitter.

Dia dilaporkan hadir ke Bukit Aman hari ini untuk sesi soal siasat berhubung grafik satira ‘House Of Balak’ yang dimuat naik di laman sosialnya.

Menurut Fahmi, dia disoal siasat di bawah Akta Hasutan.

Grafik satira “House Of Balak” itu dimuat naik di akaun media sosialnya pada 3 Jan lalu.

Grafik terbabit turut dimuat naik di Instagram miliknya, tidak lama selepas banjir besar di Pahang pada hujung Disember 2020 yang menyaksikan lambakan kayu balak terdampar dibawa air.

Dalam ciapan Fahmi itu juga dia turut memuatkan beberapa soalan lain yang antaranya bertanyakan tentang akaun email yang digunakannya untuk mendaftar akaun Facebook berkenaan, siapa pentadbir akaun itu, nombor telefon yang digunakan untuk mengakses laman sosial terbabit serta tujuan kewujudannya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS