Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Beberapa sekolah di Johor diarah tutup selama seminggu manakala langkah pencegahan dijalankan di bawah Akta 342.

Menurut hantaran media sosial oleh Ahli Parlime Johor Bahru Akmal Nasir, ini termasuk Sekolah Kebangsaan Larkin 1 dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri di Johor Bahru.

"Ini luahan ibu bapa. Minta kepastian mengenai beberapa buah sekolah di Johor Bahru yang baru diarahkan tutup seminggu.

"Sekolah rendah ada, menengah pun ada," kata Akmal di Facebook pada 23 Jan.

Pada hantaran itu, Akmal berkata dia sukar mendapatkan pengesahan kerana Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri tidak lagi berfungsi, berikutan DUN Johor dibubarkan.

Penutupan itu berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Malaysiakini bercakap dengan Farid, bapa kepada seorang pelajar di Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

Farid dan isterinya sebagai ibu bapa yang bekerja bimbang penutupan sekolah akan menjejaskan kualiti pendidikan anak-anak mereka.

"Susah jugalah sebab saya kerja. Masa saya kerja anak kena buat PDPR (pembelajaran dalam talian) sendiri dekat rumah.

"Jadi kita pantau pun (sukar) - kalau sekolah menengah bolehlah sebab mereka tinggal di asrama.

"Anak saya di sekolah rendah dekat rumah jadi sukar nak pantau. Isteri pun kerja jadi susah kita nak pantau," kata lelaki berusia 44 tahun itu.

Tambahnya, dengan pilihan raya negeri Johor akan datang, dia bimbang sekolah terpaksa menghadapi satu lagi penutupan semasa hari mengundi - yang boleh bertembung dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pada Mac.

Malaysiakini telah menghubungi Jabatan Pendidikan Johor untuk mendapatkan ulasan berhubung penutupan sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri dijangka mengeluarkan kenyataan menjawab perkara itu lewat hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS