mk-logo
Berita
Suami maut ditikam isteri
Diterbitkan:  Jan 23, 2022 9:54 PM
Dikemaskini: 1:54 PM

Seorang lelaki maut disyaki ditikam isteri sendiri di sebuah rumah di Rasah Kemayan, Seremban 2 di Seremban, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata dalam kejadian kira-kira 4.11 petang itu berkata mangsa yang berusia 55 tahun ditemukan maut di dapur rumah berkenaan selepas disyaki ditikam dua kali di bahagian dada serta pinggang oleh isterinya yang juga berusia 55 tahun.

"Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban telah terima panggilan MERS 999 daripada anak perempuan mangsa berumur 18 tahun membuat aduan seorang lelaki ditikam di bahagian dada dipercayai suspek adalah isteri mangsa di Rasah Kemayan, Seremban 2.

"Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kiri.

"Mangsa dan isteri mempunyai empat orang anak. Pada ketika kejadian anak ketiga dan keempat merupakan saksi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di Seremban, hari ini.

Katanya, motif kejadian berpunca daripada masalah kewangan dan polis menahan isteri mangsa serta senjata tajam turut dirampas. Wanita itu akan direman esok.

Beliau berkata bedah siasat mangsa akan dilakukan esok.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS