Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Speaker serah warta k'jaan pemasyuran mansuh DUN Johor pada SPR
Diterbitkan:  Jan 23, 2022 8:07 PM
Dikemaskini: 12:07 PM

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Suhaizan Kaiat menyerahkan warta kerajaan mengenai pemasyhuran memansuhkan DUN Johor yang ke-14 bertarikh 22 Jan 2022 kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor Nor Nekman Jaimon, hari ini.

Dengan penyerahan warta kerajaan tersebut, Suhaizan berkata secara langsung membolehkan SPR melaksanakan proses seterusnya untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor.

"Saya telah terima surat pemakluman mengenai pemasyhuran itu pada pukul 10 pagi tadi, yang kemudiannya telah diwartakan.

"Jadi petang ini, saya serahkan dan maklumkan kepada SPR mengenai pemansuhan DUN Johor.

"Selepas ini, SPR akan melaksanakan proses seterusnya iaitu mengadakan PRN dalam tempoh 60 hari," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, dekat Iskandar Puteri, hari ini.

Sementara itu, Nor Nekman berkata tarikh mesyuarat khas berkenaan PRN Johor akan diputuskan oleh SPR pusat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS