Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemilihan PKR 22 hingga 29 April - Saifuddin

Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk pemegang jawatan bagi sesi 2022 hingga 2025 akan berlangsung pada 22 hingga 29 April manakala Kongres Nasional dari 10 hingga 12 Jun ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata tarikh itu diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang turut menetapkan tempoh pencalonan bermula 11 hingga 19 Mac ini.

Bagi memastikan proses pengundian lancar, beliau memohon ahli parti menyemak status mereka di laman sesawang https://semakan.keadilanrakyat.org.

Saifuddin juga berkata senarai ahli untuk pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) perlu didaftar selewat-lewatnya 31 Jan ini.

"MPP turut menetapkan kesemua Cabang Keadilan seluruh negeri untuk mengadakan MATC bermula 4 hingga 27 Mac disusuli Kongres Nasional.

“Segala ketetapan ini bagi memastikan perjalanan parti terpelihara selaras Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Dr Zaliha Mustafa yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Manivanan Gowindasamy sebagai Timbalan Pengerusi bagi mengelola perjalanan pemilihan parti itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS