Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ais, salji dikesan di gunung tertinggi Vietnam

GLOBAL | Ais dan salji telah dikesan di gunung tertinggi Vietnam, Gunung Fansipan, akibat hujan mencurah-curah dan suhu mencapai takat beku pada Jumaat.

Hujan renyai-renyai bercampur salji berlaku selama kira-kira 10 minit pada 6.30 pagi, mengakibatkan lapisan nipis ais terbentuk di Gunung Fansipan dan kawasan berhampiran, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik kenytaan seorang pekerja di stesen kereta kabel Fansipan.

Hujan disertai salji pertama kali berlaku di gunung ini yang terletak di wilayah Lao Cai, sejak musim sejuk bermula pada 2021.

Ia merupakan fenomena yang jarang berlaku di Vietnam dan hanya direkodkan di kawasan pergunungan tinggi wilayah utara pada musim sejuk.

Sektor pelancongan menjangka cuaca sebegini akan menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan pelancongan nasional Sa Pa ketika cuti Tahun Baharu Lunar (Tet) akan datang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS