Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,764 kes baru Covid-19, tertinggi dalam tempoh 21 hari
Diterbitkan:  Jan 20, 2022 2:57 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 3,764 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan baru Covid-19 adalah sebanyak 2,820,927 kes.

Kes baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 21 hari iaitu sejak 30 Disember lalu.

Jumlah kemasukan ke hospital membabitkan pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas menurun sebanyak 21.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan butiran terpeinci kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri sehari lebih lewat melalui portal CovidNow.

Bilangan kes baru Covid-19 mengikut negeri untuk semalam (Jan 19) di mana 3,229 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (776)

Johor (466)

Kuala Lumpur (352)

Kelantan (295)

Kedah (259)

Sabah (242)

Negeri Sembilan (181)

Pahang (170)

Pulau Pinang (147)

Perak (138)

Melaka (77)

Terengganu (68)

Putrajaya (22)

Sarawak (21)

Perlis (9)

Labuan (6)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS