Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Geng payung biru usung duit ‘Republic of Azam’ ke parlimen
Diterbitkan:  Jan 20, 2022 1:09 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Perkarangan parlimen hari ini dipanaskan dengan dua demonstrasi - satu oleh Pemuda PKR (AMK) dan satu lagi oleh Ikatan Demokratik Malaysian (Muda).

AMK yang berpayung biru muda - warna rasmi parti - menuntut penggantungan jawatan ketua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang terpalit dengan kontroversi pemilihan saham yang banyak.

Muda pula mengetengahkan isu perubahan iklim yang menyaksikan banjir besar di Selangor dan Pahang baru-baru ini.

Anggota AMK antaranya membawa sepanduk “Bersihkan SPRM”, “Undur Azam”, “Lawan Rasuah”, selain duit olok-olok memaparkan muka Azam (bawah).

Memorandum lapan tuntutan itu antaranya turut menuntut penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat pemilikan saham Azam, pindaan Akta SPRM supaya ketelusan dan mekanisme semak dan imbang menjadi lebih adil.

Memorandum itu turut ditandatangani oleh Pemuda DAP, Amanah serta kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Pemimpin pembangkang, termasuk ketuanya Anwar Ibrahim turut hadir memberikan sokongan.

Azam mencetuskan kontroversi selepas pemilikan sahamnya kira-kira dua juta unit didedahkan. Jumlah itu jauh melebihi daripada yang dibenarkan kepada penjawat awam.

Pengkritik juga mempersoalkan sumber pendapatannya bagi memperoleh saham-saham itu.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata dia telah mengikuti segala protokol dan melakukan apa yang sepatutnya dan justeru meminta semua pihak bersabar kerana “kebenaran akan muncul juga akhirnya”.

Sementara muda, Muda pula menuntut parlimen menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen berkaitan iklim, bencana dan alam sekitar bagi membincangkan isu krisis perubahan cuaca.

Mereka juga menuntut rombakan anggota lembaga pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dibuat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS