Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 13 kematian baru direkodkan
Diterbitkan:  Jan 20, 2022 8:38 AM
Dikemaskini: 12:38 AM

Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 13 kematian baru akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi (19 Jan).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian yang berpunca daripada wabak itu meningkat kepada 31,831 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, tiga kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pulau Pinang merekodkan dua kes kematian diikuti Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perlis (1 ) dan Selangor (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Pahang, Perak, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 964 kematian bagi setiap 1 juta penduduk.

Sebanyak 11 daripada 13 kematian yang dilaporkan atau 84.6 peratus berlaku dalam tempoh tujuh hari lalu.

Purata 23 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 13 kematian dalam tempoh tujuh hari.

Setakat ini, sebanyak 633 kematian akibat Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.

Tahun lepas, sebanyak 1,174 kematian dilaporkan pada Disember, 1,612 pada November, 2,704 pada Oktober dan 9,678 pada September.

Setakat semalam, sebanyak 41,129 kes aktif Covid-19 direkodkan. Ini adalah peningkatan sebanyak 3.1 peratus daripada 39,896 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 21.2 peratus daripada 52,220 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Daripada 3,229 kes baharu semalam, sebanyak 457 dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Daripada kes berkaitan kluster, 415 (90.8 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 40 (8.8 peratus) adalah dari tempat kerja.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster berkaitan upcara keagamaan (1 - 0.2 peratus) dan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (1 - 0.2 peratus).

Kementerian Kesihatan mengeluarkan maklumat terkini berkaitan wabak Covid-19 selepas tengah malam di laman web Github.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS