Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
3,229 kes baru, nilai kebolehjangkitan 0.99
Diterbitkan:  Jan 19, 2022 2:34 PM
Dikemaskini: 6:34 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,229 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,817,163.

Kadar kemasukan ke hospital kekal 65.3 peratus manakala kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 54.8 peratus.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 14.9 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Sementara itu, nilai kebolehjangkitan naik sedikit kepada 0.99. Nilai itu perlu kekal di bawah 1.0 bagi mengelakkan peningkatan kes baru.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 18) di mana 3,245 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (679)

Johor (464)

Kedah (403)

Kuala Lumpur (322)

Kelantan (295)

Sabah (201)

Pulau Pinang (201)

Negeri Sembilan (171)

Pahang (167)

Melaka (133)

Perak (86)

Terengganu (68)

Putrajaya (18)

Sarawak (16)

Perlis (11)

Labuan (10)

 [Berita lanjut menyusul]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS