Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
9 kematian dilaporkan, terendah dalam tempoh 9 bulan
Diterbitkan:  Jan 19, 2022 8:24 AM
Dikemaskini: 12:24 AM

Sebanyak sembilan kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam (17 Jan), menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu bertambah kepada 31,818 orang.

Ia merupakan angka terendah dalam tempoh 270 hari, iaitu sejak 23 April 2021.

Daripada jumlah itu, tiada pesakit yang meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.

Melaka, Pahang dan Selangor masing-masing melaporkan dua kes kematian, manakala Kelantan, Sabah dan Terengganu masing-masing dengan satu kematian.

Tiada kematian baru dilaporkan di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 24 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 14, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 40,761 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 2.1 peratus daripada 39,913 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 23.8 peratus daripada 53,484

Kemas kini selepas tengah malam KKM juga memberikan maklumat lanjut mengenai jangkitan baru Covid-19 semalam.

Daripada 3,245 kes baru, sebanyak 388 daripadanya dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 297 (76.5 peratus) adalah dari institusi pendidikan manakala 45 (11.6 peratus) adalah kluster tempat kerja.

Baki kes dikesan kepada kluster acara keagamaan (22 - 5.7 peratus), kumpulan berisiko tinggi (17 - 4.4 peratus) dan penularan komuniti (7 - 1.8 peratus).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS