Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKPD di Kg Batu Talam, Raub dari 19 Jan hingga 1 Feb

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata PKPD di lokaliti itu dijadualkan tamat pada 1 Feb.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS