Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis siasat gangguan seksual babitkan Adun di Johor

Polis menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa telah beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS