Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengarang buku Kit Siang dipanggil polis isu langgar SOP
Diterbitkan:  Jan 16, 2022 7:16 PM
Dikemaskini: 11:16 AM

Pengarang Kee Thuan Chye akan dipanggil oleh polis esok ekoran majlis pelancaran bukunya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerajaan.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini memberitahu media, Kee dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang esok.

Sebelum ini dilaporkan polis akan menyiasat dakwaan pelanggaran SOP pada pelancaran buku tulisan Kee mengenai veteran DAP Lim Kit Siang di Dewan Konvension Sogo pada 11 Jan lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, dilaporkan berkata perkara itu akan disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Majlis itu merupakan pelancaran biografi Lim bertajuk Lim Kit Siang: Malaysian First.

Lim serta pengasas bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir pada majlis itu.

Satu gambar dari majlis itu menunjukkan Kee, Lim dan Syed Saddiq berdiri di atas pentas tanpa memakai pelitup muka dan tular selepas majlis tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS