Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
1,500 polis Sarawak sedia digerakkan hadapi banjir
Diterbitkan:  Jan 13, 2022 4:09 PM
Dikemaskini: 8:12 AM

Sejumlah 1,500 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sarawak sudah bersiap sedia untuk digerakkan bagi membantu orang ramai dalam menghadapi bencana banjir pada musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata semua bilik gerakan di setiap daerah juga telah diarah beroperasi 24 jam untuk memantau situasi dan keadaan semasa di kawasan yang berisiko.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pembentangan Pencapaian PDRM Kontinjen Sarawak di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Kontinjen, Jalan Badruddin di Kuching, hari ini.

Sementara itu Aidi berkata statistik jenayah di Sarawak menunjukkan penurunan sebanyak 26.8 peratus atau 1,575 kes sepanjang tahun lepas berbanding 2020, dan kadar jenayah indeks di Sarawak ketika ini dilihat masih di bawah nilai ambang yang ditetapkan Ibvu pejabat Polis Bukit Aman.

Bagaimanapun menurutnya kes-kes melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mencatatkan peningkatan apabila 2,816 kes direkodkan sepanjang 2021, berbanding 1,460 kes yang direkodkan pada 2020.

"Jumlah kerugian yang direkodkan bagi tempoh 2021 itu adalah sebanyak RM73.5 juta berbanding RM66.5 juta pada tahun 2020," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS