Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nanti Islam nampak macam benarkan kezaliman - PU Syed
Diterbitkan:  Jan 13, 2022 2:25 PM
Dikemaskini: 7:52 AM

Insiden pegawai masjid memandikan seorang pemuda seperti jenazah menarik perhatian penceramah bebas dan peserta program realiti TV, PU Syed.

Katanya kejadian itu sebenarnya membimbangkan kerana ia boleh membawa implikasi lain yang negatif.

Personaliti yang memiliki nama sebenar Syed Bakri al-Yahya berkata kejadian mencuri memang menyebabkan semua orang marah namun 'pembalasan' yang adil harus diberikan.

"Isu curi tabung masjid satu hal. Apabila ditangkap, dimandikan di tempat mandi jenazah, dirakam serta ditularkan, ia bakal mengundang satu hal yang lain," katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

PU Syed mengulas kejadian seorang pemuda yang disyaki mencuri wang dari tabung masjid ditangkap lalu dibaringkan dalam tempat memandikan jenazah.

Dia kemudian dimandikan seperti mayat oleh pegawai masjid terbabit.

Kata PU Syed kejadian itu jika dibiarkan boleh menyebabkan Islam dipandang secara tidak baik.

"Marah memang kita marah, tapi risau hasil daripada kemarahan tersebut nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun (perbuatan tersebut) dengan niat untuk menyedarkan si pencuri," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS