mk-logo
Berita
Polis sahkan remaja lelaki hilang di Gua Musang
Diterbitkan:  Jan 12, 2022 9:05 AM
Dikemaskini: 1:06 AM

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supritendan Sik Choon Foo berkata laporan kehilangan remaja terbabit dibuat oleh ibunya pada pukul 7 malam semalam.

Polis mengesahkan kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, dekat Gua Musang, yang ditularkan menerusi media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supritendan Sik Choon Foo berkata laporan kehilangan remaja terbabit dibuat oleh ibunya pada pukul 7 malam semalam, selepas menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak kelmarin (10 Jan).

“Mangsa dipercayai keluar daripada rumah pukul 9 malam, semalam, sebelum ibunya menyedari mangsa belum pulang ke rumah pada pukul 3 pagi hari ini, dan terus mencarinya bersama keluarga sekitar kampung.

“Pihak kami telah terima laporan mengenai kehilangan mangsa malam ini dan operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan pada hari esok (12 Jan), pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.

Mengulas lanjut, Sik berkata kawasan pencarian dengan jarak radius dua kilometer itu turut melibatkan agensi lain iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu penduduk kampung.

- Bernama


 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS