Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PM: K'jaan serius tangani isu populasi Harimau Malaya
Diterbitkan:  Jan 10, 2022 4:27 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Kerajaan serius menangani isu populasi Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera tigris jacksoni di hutan negara yang kini berjumlah kurang daripada 150 ekor.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jika tindakan segera tidak dilakukan, Malaysia berhadapan dengan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri-negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

“Lebih membimbangkan, spesies ikonik negara itu akan hilang buat selama-lamanya,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF) di Putarajaya, hari ini.

Mesyuarat dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri mewakili Menteri Besar Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perak.

Di peringkat Persekutuan, ia dihadiri Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta wakil daripada kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS