Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis serah laporan terhadap Azam pada Suruhanjaya Sekuriti
Diterbitkan:  Jan 8, 2022 10:12 PM
Dikemaskini: 2:28 PM

Laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjya SPRM Azam Baki berhubung skandal pegangan sahamnya telah dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk tindakan lanjut, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan.

Abd Jalil berkata demikian dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan mengenai Azam.

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi menggesa siasatan ke atas Azam semalam.

Azam telah mendapat kecaman selepas diketahui bahawa dia memegang berjuta-juta saham dan waran dalam dua syarikat senaraian awam semasa memegang jawatan sebagai pengarah siasatan SPRM.

Azam mendakwa adiknya telah menggunakan akaunnya untuk membeli saham itu dan menafikan sebarang salah laku.

Dilaporkan semalam bahawa Azam disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata bahawa ia akan menghubungi Azam berhubung aktiviti pegangan sahamnya.

Seksyen 25 Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (Sicda) menyatakan bahawa setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik benefisial sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa.

Kesalahan di bawah Seksyen 25 boleh dihukum denda sehingga RM3 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Azam telah berkata bahawa dia mempunyai dokumen untuk membuktikan dia tidak melakukan kesalahan, dan akan melawan tuduhan terhadapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS