Beberapa pemimpin Bersatu, termasuk dua Adun, telah berpaling tadah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Kemasukan mereka didedahkan pada persidangan khas parti hari ini yang mengadakan pemilihan pemegang jawatan baru.
Ahli Parlimen Julau Larry Sng, yang sebelum ini keluar PKR, mengambil tampuk kepimpinan parti sebagai presiden baru.
Antara pemegang jawatan baru PBM yang terkenal termasuk Adun Tronoh Paul Yong dan Adun Buntong A Sivasubramaniam yang berasal dari DAP tetapi berpaling tadah kepada Bersatu pada Mac tahun lepas.
Sivasubramaniam ialah naib presiden kanan II PBM yang baru PBM manakala Yong memegang jawatan bendahari agung. Yong kini dibicarakan atas dakwaan merogol.
Satu lagi pelantikan penting ialah Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng, yang berpihak kepada Yong (gambar, bawah) dan Sivasubramaniam, dan dipecat daripada DAP pada Januari tahun lepas.
Dia dilantik sebagai ahli majlis tertinggi PBM.
Sementara itu, bekas pemimpin PKR Zakaria Abdul Hamid yang menyertai Bersatu pada Disember 2020 dilantik sebagai ketua penerangan.
Dia dilihat bersama sekumpulan 10 ahli parlimen PKR yang berpaling tadah semasa Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020.
Dua pemimpin utama kumpulan yang digelar G10 itu kemudiannya menyertai Bersatu, diketuai oleh Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.
G10 pada mulanya merancang untuk menubuhkan parti mereka sendiri tetapi kemudiannya menyertai Bersatu kerana kesuntukan masa menjelang pilihan raya umum ke-15 yang dijadualkan pada 2023.
'Bersatu berkocak'
Bagaimanapun, penyokong Azmin dan Zuraida berdepan masalah dalam Bersatu, dengan pemimpin Bersatu dari Sarawak tidak dapat bertanding di negeri itu.
Ini selepas persetujuan antara Bersatu dengan GPS untuk tidak bertanding ketika pilihan raya negeri lalu.
Ahli bukan bumiputera dalam Bersatu juga tidak mempunyai hak mengundi, tambah meleraikan asas sokongan mereka dalam parti itu.
Sejak akhir tahun lalu, terdapat perbincangan dalam G10 dengan sesetengahnya mahu kekal bersama Bersatu manakala yang lain mahu menghidupkan semula rancangan untuk parti baru.
Spekulasi itu disemarakkan lagi apabila Zuraida tidak menolak menyertai PBM apabila ditanya jika dia akan mempertimbangkan untuk memimpin parti itu bulan lalu.
Bagaimanapun, Zuraida nampaknya masih belum bersedia untuk mengorak langkah itu. Dia tidak kelihatan dalam barisan kepimpinan baru PBM.
Bagaimanapun, 'leftenan politiknya' Hizwan Ahmad dilantik sebagai setiausaha agung PBM.
Kira-kira 50,000 ahli daripada NGO Penggerak Komuniti Negara yang dikaitkan dengan Zuraida juga telah menyertai PBM.
Kerajaan BN-PN baru-baru ini juga telah memansuhkan sistem Penggerak Komuniti Tempatan yang dicipta oleh Zuraida semasa dia menjadi menteri kerajaan tempatan dan perumahan.
Sistem ini pada dasarnya mewujudkan jawatan yang dikatakan membayangi ahli majlis tempatan dengan banyak pelantikan datang daripada NGO dikait Zuraida itu.
Kem Azmin dan Zuraida
Bagaimanapun, pengaruh Zuraida telah berkurangan selepas dipindahkan ke Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi selepas Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan perdana menteri.
Beberapa bekas pemimpin wanita PKR yang rapat dengan Zuraida termasuk Adun Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha dan Adun Sementa Daroyah Alwi turut dilantik sebagai pemegang jawatan PBM yang baru.
Haniza ialah timbalan presiden I PBM yang baru manakala Daroyah menjadi ketua wanitanya.
Bekas ADdun PKR Ong Chin Wen dan Lee Chin Cheh turut dilantik sebagai ahli majlis tertinggi manakala bekas ketua Pemuda PKR Na'im Brundage dipilih sebagai ketua pemuda PBM.
Ketiga-tiga mereka diketahui sealiran dengan Azmin dan Zuraida ketika berada dalam PKR.
Pelantikan penting lain termasuk Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang dilantik sebagai naib presiden kanan I. Dia keluar PKR pada Februari tahun lepas.
Presiden: Larry Sng
Timbalan Presiden I: Haniza Mohamed Talha
Timbalan Presiden II: Wong Judat
Naib Presiden Kanan I: Steven Choong
Naib Presiden Kanan II: A Sivasubramaniam
Naib Presiden:
Rahimah Majid
Sathish Kumar
Saful Bahari Sahri
Setiausaha Agung: Nor Hizwan Ahmad (lantikan)
Timbalan Setiausaha Agung: Jenny Chiew (lantikan)
Bendahari Agung: Paul Yong (lantikan)
Ketua Penerangan; Zakaria Abdul Hamid (lantikan)
Ketua Wanita: Daroyah Alwi
Ketua Pemuda: Na'im Brundage
Anggota Majlis Tertinggi:
Ab Aziz Ab Kadir
Alan Oh Teik Choon
Lee Chin Cheh
Zakaria Abdul Rahim
Dr. Kaniappan
Levenia Mawas
Engga anak Unchat
Chua Lian Chye
Roger Tan Seng Huat
Leong Cheok Keng
Shuhada Abdul Rahim
Ong Chin Wen
Albakri Salim
Ahmad Khairul
Ramana K. Naidu
Muniraa Abu Bakar (lantikan)