Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil inisiatif untuk membuka kaunter perkhidmatan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di semua pejabat cawangan mereka, pejabat satelit, pusat khidmat LHDN dan pusat transformasi bandar di seluruh negara pada hujung minggu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk memudahkan urusan rakyat mendaftar bagi mendapatkan bantuan tersebut terutamanya bagi pemohon yang tidak mempunyai kemudahan Internet.

“(Ia dibuka) pada 7, 8, 28 dan 29 Jan bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor manakala pada 8, 9, 29 dan 30 Jan 2022 bagi negeri-negeri lain,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke Kaunter BKM di Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Kesemua premis LHDN beroperasi bermula 8 pagi hingga 4.30 petang bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula dari 8 pagi hingga 3.30 petang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS