Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
16 kematian Covid-19, paling rendah sejak 2 Mei
Diterbitkan:  Jan 8, 2022 8:08 AM
Dikemaskini: 12:08 AM

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 16 kematian baru Covid-19 semalam (7 Jan), menjadikan jumlah kumulatif korban 31,644.

Ini jumlah kematian terendah yang dilaporkan dalam 250 hari, sejak 2 Mei 2021.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 12.5 peratus atau dua orang meninggal dunia sebelum mereka dapat menerima rawatan di hospital.

Johor mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi dengan empat kes, membentuk 25.0 peratus daripada kematian baru yang dilaporkan.

Baki kematian di Sabah (3), Kedah (2), Selangor (2), Perak (1), Perlis (1), Pulau Pinang (1), Sarawak (1) dan Terengganu (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 15 daripada 16 kematian yang dilaporkan atau 93.8 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 30 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 22 kematian dalam tujuh hari, menunjukkan aliran menurun.

Setakat semalam, terdapat 39,697 kes aktif Covid-19. Ini pengurangan sebanyak 3.7 peratus daripada 41,221 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 34.8 peratus daripada 60,880.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS