mk-logo
Berita
Polis mula siasat bos SPRM
Diterbitkan:  Jan 7, 2022 7:24 PM
Dikemaskini: 11:24 AM

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata polis akan menyiasat pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menerima laporan mengenainya.

Kata Hamzah kerajaan difahamkan ketika ini Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sedang disiasat oleh Suruhanjaya Sekurti (SC).

"Kita (KDN) baru dapat laporan dan jika kesalahan dilakukan mengikut Akta Sekuriti Malaysia, mereka akan siasat.

"Kita juga terima laporan polis dibuat. Kalau ada kesalahan lain polis akan mulakan siasatan," katanya dipetik Harian Metro.

Hamzah ditemui media selepas mengadakan lawatanan dan penyerahan dokumen diri kepada mangsa banjir di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, hari ini.

Azam kini menjadi perhatian ramai selepas mengaku membenarkan adiknya, Nasir, menggunakan akaun bagi membeli saham syarikat senaraian awam beberapa tahun lalu.

Menurut Azam, dia tidak melakukan sebarang kesalahan dengan tindakan tersebut dan menjanjikan kerjasama penuh dalam siasatan dibuat SC.

Sejak pengakuan itu dibuat beberapa pihak termasuk ahli parlimen sudah membuat aduan kepada polis bagi mendesak Azam disiasat. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS