Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Bagaimana orang tak ada vaksin boleh keluar masuk sempadan negara?’
Diterbitkan:  Jan 7, 2022 12:56 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Kerajaan dituntut menjelaskan kenapa terdapat pihak yang boleh keluar masuk sempadan negara tanpa divaksin terlebih dahulu.

“Kerajaan perlu jelaskan bagaimana mereka ini boleh keluar masuk sempadan negara tanpa vaksinasi dan selepas itu bawa masuk Omicron?

“Sedangkan rakyat lain hendak keluar masuk kedai biasa pun perlu papar MySejahtera dan rekod vaksin,” kata kata Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil.

Dia berkata demikian di media sosial ketika mengulas laporan media bahawa 10 warga Malaysia yang membawa pulang Omicron ke negara ini tidak mempunyai rekod vaksinasi.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam sambil memberitahu perkara itu sedang disiasat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS