Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bantuan RM500 untuk mangsa banjir beli 15 peralatan elektrik
Diterbitkan:  Jan 7, 2022 12:10 PM
Dikemaskini: 4:10 AM

Mangsa banjir boleh menggunakan bantuan kerajaan berbentuk e-rebat bernilai RM500 untuk membeli 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan, berkata bantuan itu diberi bagi membolehkan mangsa banjir yang terkesan untuk membuat pembelian peralatan elektrik menggantikan barangan mereka yang rosak.

"Bantuan khas ini dikhususkan kepada warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman yang terkesan banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana yang disahkan oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

"Melalui bantuan ini, setiap rumah kediaman pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai dan pasar raya yang berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf di bawah Program SAVE," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS