Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno mesyuarat 12 Jan tentukan tarikh baru PAU 2021

Majlis Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat pada 12 Jan ini bagi membuat keputusan mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang sebelum ini ditangguhkan.

Perkara itu disahkan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan melalui satu mesej ringkas kepada Malaysiakini.

"Ya (MT Umno akan bermesyuarat pada 12 Jan)," katanya ringkas.

Turut mengesahkan perkara itu Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.

"Tarikh baru akan diputuskan pada 12 Jan ini dalam mesyuarat bulanan MT Umno," katanya kepada Malaysiakini.

Mesyuarat MT Umno pada 12 Jan itu dijangka akan membincangkan tarikh baru pelaksanaan PAU 2021.

Sebelum ini, Umno membuat keputusan menangguhkan PAU 2021 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 Jan tahun depan disebabkan bencana banjir yang berlaku di negara ini.

Ahmad memaklumkan perkara itu yang dipersetujui Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad, Jawatankuasa Pengurusan Umno serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Katanya, Perhimpunan Agung Umno 2021 itu akan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“Umno bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera Umno dan Barisan Nasional serta kerajaan pusat dan negeri terus membantu mereka,” kata Ahmad pada ciapan di Twitter.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS