Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
CEO bakal lepas jawatan, Kumpulan Maybank cari pengganti

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Malayan Banking Berhad (Maybank), Abdul Farid Alias akan melepaskan jawatan selepas kontrak semasanya berakhir pada Ogos, menurut pemfailan bursa saham pada Isnin.

Bank terbesar Malaysia berdasarkan aset itu berkata pencarian pengganti sedang dijalankan termasuk menilai calon dalaman dan luaran.

Farid telah menyatakan dia tidak akan manyambung kontraknya yang akan tamat pada 1 Ogos dan telah memaklumkan kepadaa lembaga pengarah bahawa dia ingin mengejar kepentingannya sendiri selepas tamat penggal ketiga perhidmatannya, kata bank itu.

Dia memegang jawatan itu sejak 2013.

Farid, 52, memulakan kerjayanya dalam bidang perbankan di anak syarikat Maybank pada 1992 dan akan terus menyelia pengurusan dan operasi bank itu sehingga penggantinya menyandang jawatan tersebut.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS