Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,882 kes baru Covid-19
Diterbitkan:  Jan 2, 2022 3:18 PM
Dikemaskini: 7:21 AM

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,882 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,764,354.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 0.1 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Johor ( pertambahan 13.1 peratus) telah meningkat.

Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 1) di mana 3,386 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

  • Selangor (786)
  • Johor (426)
  • Kelantan (350)
  • Pahang (268)
  • Sabah (264)
  • Kedah (254)
  • Pulau Pinang (206)
  • Kuala Lumpur (191)
  • Melaka (182)
  • Perak (164)
  • Terengganu (130)
  • Negeri Sembilan (97)
  • Sarawak (24)
  • Perlis (22)
  • Putrajaya (20)
  • Labuan (2)

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS