mk-logo
Berita
Amaran hujan berterusan di beberapa negeri
Diterbitkan:  Jan 2, 2022 12:19 PM
Dikemaskini: 4:23 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bahaya hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di Johor, melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru pada hari ini Ahad, 2 Januari 2022.

Menurut MetMalaysia, takrifan hujan lebat berterusan menjangkakan hujan yang dijangka berlaku melebihi 6 jam dengan jangkaan jumlah hujan terkumpul sekurang-kurangnya 60 mm dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, MetMalaysia juga memberi amaran cuaca buruk hujan lebat berterusan dijangka berlaku di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) serta Sandakan dan Kudat di Sabah Sandakan sehingga Isnin, 3 Januari ini.

Amaran cuaca waspada hujan berterusan, kata MetMalaysia dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang manakala di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa 4 Januari.

Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sehingga 3 Januari.

Pada tempoh sama hujan berterusan juga akan melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya sehingga Isnin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS