Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
3,573 kes baru dikesan, jumlah keseluruhan kini lebih 2.75j
Diterbitkan:  Dec 31, 2021 2:36 PM
Dikemaskini: 6:36 AM

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 3,573 kes baru Covid-19 dikesan. Perkembangan itu menjadikan kes kumulatif pandemik tersebut kini berjumlah 2,758,086.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 6.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Pahang serta Kelantan meningkat dengan masing-masing bertambah sebanyak 20.9 peratus dan 11.3 peratus.

KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Untuk pecahan mengikut negeri bagi Dis 30 (semalam) daripada 3,997 kes baru itu dilaporkan, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi manakala Perlis paling rendah.

Berikut adalah pecahan berkenaan:

  • Selangor: 965
  • Johor: 433
  • Kelantan: 425
  • Kedah: 328
  • Pahang: 254
  • Terengganu: 243
  • Kuala Lumpur: 241
  • Melaka: 239
  • Sabah : 226
  • Perak: 209
  • Pulau Pinang: 207
  • Negeri Sembilan: 161
  • Putrajaya: 25
  • Sarawak: 24
  • Labuan: 10
  • Perlis: 7

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS