Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kertas siasatan kes pendakwah terkenal diserah pada pejabat AG
Diterbitkan:  Dec 30, 2021 3:10 PM
Dikemaskini: 7:10 AM

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan membabitkan pendakwah terkenal berkait kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata, kertas siasatan itu sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Menurutnya, pihak polis kini sedang menunggu maklum balas dari Pejabat Peguam Negara untuk arahan lanjut.

"Bagaimanapun kita meminta mereka yang mempunyai maklumat tambahan supaya dapat tampil membantu siasatan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian, hari ini.

Sebagai rekod pada Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah berusia 37 itu dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa lelaki bergelar ustaz itu melakukan gangguan seksual.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS