Paling Popular
Terkini

Seorang lelaki etnik Rohinya dikenali sebagai “Long Tiger” yang dilaporkan melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor baru-baru ini telah ditahan semula hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

“Saya sahkan dia ditahan kira-kira 3 petang tadi di Kedah,” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kenyataan media mengenai butiran perincian penahanan suspek akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Suspek, Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Dis lepas dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada 11.55 pagi sebelum perbicaraan kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan bermula.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS